Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Anda Lakukan Untuk Simpanan KWSP?

October 13, 2014 — Penulis:

Artikel ini bertujuan untuk mengoptimumkan simpanan KWSP agar anda mencapai kebebasan kewangan dan mengelakkan kesilapan. Efektif daripada Januari 2007, KWSP telah melakukan perubahan dengan meringkaskan lagi bilangan akaun kepada hanya 2 sahaja (sebelum ini 3 akaun).
Akaun KWSP
Akaun 1 : 70% : Boleh melabur dalam saham amanah yang diiktiraf KWSP, dengan syarat yang dijelaskan di bawah.
Akaun 2 : 30% : Boleh dikeluarkan dengan tujuan pembelian rumah, pendidikan atau perubatan.
Simpanan KWSP - Duit syiling

Patut Buat Untuk Simpanan KWSP

1. Melabur dalam saham amanah (akaun 1)

Untuk layak melabur dalam saham amanah :
  • Jumlah mestilah melebihi RM5,000 daripada Simpanan Asas.
  • Pelaburan : hanyalah 20% daripada perbezaan jumlah tabungan anda dengan Simpanan Asas ini.
  • Pelaburan hanya boleh dilakukan 3 bulan sekali.
Contoh, Ali berusia 33 tahun, dan mempunyai simpanan KWSP sebanyak RM100,000. Berapakah jumlah yang dibolehkan melabur dalam saham amanah?
  • Akaun 1 : RM100,000 x 70% = RM70,000
  • Simpanan Asas pada usia 33 (rujuk jadual) = RM37,000
  • Jumlah yang diboleh kan melabur = RM70,000 – RM37,000 = RM33,000
  • Jumlah pelaburan : RM33,000 x 20% = RM6,600

Kelebihan Melabur Dalam Saham Amanah

  1. Boleh melabur mengikit profil risiko anda. contoh : jika anda muda, boleh melabur dalam saham amanah ekuiti yang lebih berisiko, yang mana keuntungan jangka masa panjangnya melebihi pulangan KWSP.
  2. Caj jualan (untuk agen saham amanah) lebih rendah, iaitu hanya 3%. Berbanding dengan jika anda membuat pelaburan tunai (selain KWSP), dimana caj jualannya mencecah 5-6%.
2 Perkara penting yang mesti ditekankan adalah, anda mesti memilih dana yang sesuai dengan profil risiko anda. Dan pastikan anda memantau dari masa ke semasa (elakkan terlalu bergantung kepada agen semata).
Simpanan KWSP - duit berganda
Di samping itu, elakkan pelaburan dalam bon, kerana faedahnya lebih kurang pulangan KWSP. Ia tidak berbaloi.

2. Guna duit dalam akaun 2 untuk pembelian hartanah

Kelebihannya adalah, jumlah dalam akaun 2 boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah pinjaman perumahan. Akaun ini membantu untuk kita membina kekayaan pembelian hartanah, di mana kenaikkan modal lebih tinggi berbanding pulangan KWSP.
Perkara penting yang ditekankan adalah, hanya gunakan wang KWSP anda jika kadar faedah pinjaman anda jauh melebihi 5% (purata pulangan KWSP).
Contoh, jika kadar faedah pinjaman perumahan anda 9%, anda digalakkan untuk menggunakan KWSP anda. Ini kerana anda dapat menjimatkan 4% (9%-5%).

Tidak Patut Buat Untuk Simpanan KWSP

1. Bayar untuk pendidikan

Jangan bayar untuk pendidikan, sama ada pendidikan anda atau anak-anak anda. Kerana ini akan mengurangkan modal untuk persaraan kelak. Sebaiknya mulakan penyimpanan awa; menggunakan duit sendiri. Semakin awal anda mula, semakin baik.

2. Gunakan untuk pembayaran perubatan

Jangan gunakan untuk pembayaran perubatan sama ada perubatan anda atau anak-anak anda. Kerana ini akan mengurangkan modal untuk persaraan kelak. Beli insurans takaful secepat mungkin. Dengan ini anda memindahkan risiko kos perubatan kepada syarikat insurans.

Comments