SEORANG GENIUS YANG TELAH MEMBUATKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA MAMPU JEJAK KAKI KE BUMI MEKAH

July 26, 2016


SEORANG GENIUS YANG TELAH MEMBUATKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA MAMPU JEJAK KAKI KE BUMI MEKAH

Para jemaah haji di bumi Makah sentiasa bercakap tentang betapa efisyennya pengerakkan para jemaah haji dari Malaysia. Mereka yang bernama umat Islam di bumi Malaysia tentunya mampu menjejakkan kaki ke bumi Mekah saban tahun. Hari ini, acap kali kita dalam perjalanan menuju ke KLCC atau Kampung Bharu, kita akan melihat sebuah bangunan tinggi membentuk sebuah tabung yang berdiri megah di sebelah Jalan Tun Razak. Ya tuan-tuan dan puan-puan. Kita sedang bicara tentang sebuah konsep yang diasaskan oleh seorang anak Melayu yang merupakan pelajar Melayu pertama yang menuntut di Universiti Waseda di Jepun dalam bidang ekonomi. Perkenalkan kepada anda, pengasas konsep Tabung Haji itu sendiri, iaitu Professor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid.

Semuanya bermula pada 30 September 1959, ketika Professor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid masih lagi bergelar anak muda apabila Professor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid telah menulis sebuah kertas kerja yang bertahuj “Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-Bakal Haji” kepada kerajaan dan daripada idea itu, tertubuhnya konsep Tabung Haji hari ini. Lalu beberapa tahun kemudian, pada bulan November 1962 dan mula beroperasi pada 30 September pada tahun 1963, maka idea yang dikemukakan oleh Profesor Di Raja Ungku Aziz ini menjadi kenyataan. Lalu, konsep tabung haji yang diperkenalkan oleh beliau diperbahurui lagi pada tahun 1969 apabila digabungkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji. Kata-kata daripada Ungku Aziz ketika ditemubual oleh Utusan Malaysia masih lagi dipegang erat oleh kami:

“Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH). LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang.”

Untuk rekod, hari ini, Tabung Haji merupakan pengurus Dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM55 bilion. Hari ini, tabung Haji mengendalikan 8.3 juta pendeposit. Akibat dari hasil pelaburan dan perniagaan yang menguntungkan, tabung Haji membiayai subsidi mengerjakan haji sebanyak RM130 juta dengan jemaah kali pertama membayar sekitar RM9,900 dengan baki RM6,000 dibiayai Tabung Haji. Tabung Haji turut menampung subsidi kursus haji yang dibuat sebelum jemaah berlepas ke tanah suci berjumlah RM40 juta. Bayangkanlah daripada hasil idea seorang anak Melayu genius pada tahun 1959, hari ini tabung haji mampu membiyai kos mengerjakan haji oleh kebanyakan umat Islam.

-HE-

Comments