Mereka Tinggalkan UCL Demi Manchester United



|AURA|

Tanpa Liga Juara-Juara Eropah.

Hanya beraksi di kejohanan kedua terbaik Eropah iaitu di UEFA Europa League bagi musim 2016/17, Manchester United masih mampu membawa masuk mana-mana pemain bertaraf bintang ke Old Trafford.

Manchester United menjadi kelab sukan paling tinggi menerima bayaran tajaan pakaian sukan tertinggi didunia dari Adidas.

Manchester United antara kelab yang mampu mendapatkan kembali keuntungan dalam masa 2 minggu selepas pelaburan yang tinggi.

Manchester United adalah kelab paling terkenal dan paling ramai peminat di seluruh dunia serta bertambah setiap musim.

Manchester United juga antara kelab yang digeruni diperingkat eropah dan dunia. Jangan terkejut jika pasukan lawan Manchester United akan bermain bermati-matian walaupun hanya perlawanan pertunjukan dan amal.

Oleh kerana Manchester United pasukan paling terkenal didunia, tidak hairanlah segala laporan berita mengenai Manchester United akan disensasikan walaupun hanya berita kecil.

Jadi, tidak hairanlah juga jika Manchester United mempunyai ramai 'haters' kerana sejarah dan kehebatan Manchester United yang dicemburui bukan sahaja aksi didalam padang tetapi juga kerana pengurusan yang tersangat baik.

Selamat Datang ke Manchester United, Henrikh Mikhitaryan, Eric Bailly dan Zlatan Ibrahimovic serta Selamat Kembali pulang ke Old Trafford, Paul Pogba.

-BMU05-

Comments