Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45



Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45

NEW YORK: Calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan buat Amerika Syarikat dan dunia, apabila memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Berbekalkan pendekatan populis, Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton untuk muncul presiden ke-45 negara itu.

Kemenangan Trump turut menyebabkan pasaran saham dunia jatuh dan mencetuskan kegusaran mengenai masa depan politik dunia terutamanya berhubung hala tuju kepimpinan Washington.

Susulan mengetahui kemenangannya, Trump turut menyampaikan ucapan sulungnya selepas kemenangan di Manhattan, New York.

Comments