Pengasas Nike juga bermula dengan Car Boot Sale!
Pada tahun 1963, Phil Knight membeli kasut buatan lelaki Jepun, Onitsuka Tiger dan dijual semula ke Amerika dengan syarikat yang didaftarkan sebagai Blue Ribbon Sports.
Akhir tahun 1963, bisnes kasutnya maju dengan jualan 200 pasang kasut. Lantas dia cekal memulakan bisnes jualan kasut Onitsuka Tiger menggunakan kenderaan dan di merata tempat bagi meningkatkan jualan.
Stok pula disimpan di dalam stor rumah bapanya. Kemudian pada 1964, Knight bekerjasama dengan Bill Bowerman bagi mengembangkan bisnes bersama.
Tahun 1966 (3 tahun kemudian) beliau memulakan bisnes di premis agar mudah pekerja menjual dan pelanggan mendapatkan kasut buatan Tiger.
Hubungan perniagaan mereka dengan Tiger berakhir pada 1971 dan mereka memulakan jenama Nike yang terkenal dengan database pelanggan sedia ada dan berkembang.
Mulakan dengan menjual barang orang lain untuk validasi market. Konsisten beberapa tahun dengan Car Boot Sale. Barulah ada yang berminat bekerjasama. 3 tahun mereka bermula di jalanan dan barulah memasuki kedai.
8 tahun kemudian barulah produk sendiri dikeluarkan.
Sabar dan konsisten.
Comments
Post a Comment