Ulasan ringkas kegagalan pasukan kelantan

Kelantan gagal membawa mata pulang ke Kota Bharu

Kesilapan mudah membawa padah kepada Kelantan yang telah mengakibatkan pasukan tuan rumah, Melaka United berjaya menjaringkan 2 gol sekaligus memusnahkan harapan Kelantan untuk bangkit.

Ada beberapa point yang menjadi perhatian:

1) - Kesilapan Taj dalam "Man-to-man marking" kepada pemain Melaka membawa padah sehinggakan pasukan Melaka bijak mencuri peluang untuk menjaringkan gol hasil pemain import mereka.

    - Kesilapan kedua beliau dimana menerjah S.Chanturu di dalam kotak penalti itu tidak sepatut dilakukan. 

2) - Kerapuhan dibahagian pertahanan kiri dan kanan pasukan Kelantan menjadi sasaran pasukan Melaka untuk melakukan serangan bertubi-tubi.

3) - Gomis dan Fadhilah tidak mempunyai keserasian pada perlawanan semalam ekoran daripada buntu untuk menguasai barisan tengah Kelantan. Mereka juga gagal untuk menghantar bola di kawasan kubu lawan.

4) - Beberapa peluang keemasan yang ada pada Sinaga dan Dong gagal disempurnakan dan baik.

5) - Ketiadaan idea pasukan Kelantan dalam menyerang mengakibatkan pasukan Kelantan buntu untuk mencuri peluang dalam menjaringkan gol.

___________________________________________________

Apa-apa pun perjuangan harus tetap diteruskan. Harapan kami sebagai penyokong tegar The Red Warriors agar Kelantan dapat bangkit dari kekalahan ini.

Mungkin dengan kekalahan ini, dapat menyuntik semangat daripada Coach Sathik Bensoh untuk berusaha berganda-ganda dalam memantapkan lagi pasukan Kelantan agar kembali bersinar dan terus cemerlang.

Perlu diingat ,liga baru sahaja bermula, apa-apa sahaja boleh berlaku. Mungkin kita kalah pada permulaan, tapi kita akan menang dikemudian hari.

Teruskan memberi sokongan kepada pasukan Kelantan, Gomo Kelate Gomo

https://m.facebook.com/groups/317944368581675?view=permalink&id=544072685968841

Comments