Ini Manfaat Besar Daripada Cubaan Yang Dihadapi

Cubaan, cabaran serta masalah adalah perkataan biasa yang meniti di bibir kita sebagai seorang manusia. Setiap hari sebenarnya kita menempuh ujian, bezanya bentuk atau kecil besarnya sahaja. Jika tidak ada cubaan, dari mana kita akan mendapat pahala sabar? Dengan ujian sebenarnya Allah ingin memberikan kita pahala istimewa ini.


Pahala yang diberi Allah itu akan setimpal dengan beratnya cubaan. Ada dua manfaat besar daripada ujian yang kebanyakan daripada manusia tidak menyedarinya.


#1- Cubaan Akan Memaksa Kita Untuk Dekat Dengan Allah Dan Jauh Dari Kemaksiatan


Ada dua keadaaan yang akan berlaku apabila manusia itu diuji. Pertama manusia akan semakin dekat dengan Allah. Mereka akan menelusuri jalan-jalan untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang dihadapi. Dan jalan ini akan membawa kepada Allah.


Keadaan kedua yang mungkin berlaku apabila manusia itu diuji ialah mereka akan semakin jauh daripada Allah. Kita mahukan penyelesaian kepada ujian yang dihadapi namun jalan yang dipilih ialah jalan yang salah dan tidak membawa kepada jawapan sebenarnya. Kita hanya mengalih perhatian sebentar daripada isu yang dihadapi.


#2- Cubaan Datang Untuk Meninggikan Darjat Dan Menambahkan Pahala


Darjat yang dimaksudkan ini ialah darjat yang diperoleh di syurga kelak, yang besar kemungkinan tidak akan diperoleh pun walau dengan amal ibadah selama 100 tahun di dunia. 


Dalam tidak kita sedar, Allah memilih hamba-hambanya yang istimewa sahaja untuk diuji dan akhirnya diberi darjat yang tinggi di akhirat kelak.
Kesimpulannya, janganlah merasakan bahawa Allah benci atau tidak peduli apabila diuji. 


Hikmah yang ada kadang bukan dalam bentuk kegembiraan atau kesenangan semata tetapi kesedaran tentang hakikat ketuhanan.


GAMBAR HIASAN DI BAWAH 😎


Comments