Perjalanan, Si Dia, Putrajaya, Nasi Arab, Temuduga, Shah Alam Dan Sedih

salam to all..

http://www.travelpod.com/cache/city_maps/bentong-malaysia.gif

alhamdulillah saya selamat sampai di putrajaya dan kawasan equen park semalam. cuaca semasa dalam perjalanan jugak baik. dapat berhenti di beberapa port untuk ambil angin dan betulkan urat dan tulang belikat.

objektif utama saya mai sini untuk sesi temuduga kat shah alam esok disamping ingin berjumpa dengan seseorang yang penting bagi membincangkan beberapa masalah berkaitan. tapi malang, beliau tiada di sini pada minggu ni. sedikit terkilan tapi tak pe la, tiada rezeki saya kot barangkali. mungkin juga silap saya yang tidak berfikir dengan baik sebelum ni. tapi tak pe la, saya dah buat yang terbaik, tetapi orang sekeliling la yang bagaimana nak menilai apa yang kita buatkan.

semalam makan bersama kawan-kawan di kedai makan 'orang minyak'. kedai paberat semasa mai putrajaya dulu-dulu. ermmm teringat kenangan-kenangan kan huhuhu.. orang punya la ramai, penuh meja sampai kena berdiri tunggu meja kosong.

semalam tidur tumpang rumah kakak kawan kat sri serdang ni dan insya allah, petang ni gerak ke shah alam. dekat sikit la kan dengan tempat nak temuduga esok.


http://farm5.static.flickr.com/4056/4283576909_840b11cef8.jpg

hanya mampu tengok kat google jer!


saya plan nak makan nasi arab semasa datang sini kali ni tetapi apa yang dirancang sebulum ini rasanya tidak menjadi kenyataan kot. oh begitu sedih la beb rasanya. ada masala yang tidak dirancang berlaku.

ok la. nak sambung baca-baca apa yang patut. hahaha sekarang baru nak kalutkan kan. doakan la yang terbaik.

semoga orang tersayang terus mendoakan saya berjaya dan impian yang dirancang tercapai.

wasallam!

Comments