Salam Maulid Rasul 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw_WwkhmuuyDVIQeEul2s6OgylIY1ljCPGdtmRiF1iSw7uHe-ToLMZ-nUTQGvtL3V9-sFkPLkYNyLYU8JJuQWDBvpS1QjXPhbMWj1a-reV_HxHjcX3BfQr01GuIJ_iu1KxeOB5_whOT3S-/s320/animasi+muhammad.jpg

Salam buat semua. Pastinya ramai yang akan cuti esok kan? Semestinya saya bekerja seperti biasa di kedai. Masa cuti macam ni la ramai orang kat kedai. Ada yang nak buat makan, kenduri la, majlis kesyukuran la dan banyak lagi. Saya mungkin pegi lewat cikit kot esok. Plan awal tu nak g basuh keta abah dulu.

Korang tau ke esok cuti sebab apa? Jangan cakap tak tau lak, kan dapat penampar sebijik kan hahaha.

Kalau masa study kat Upsi dulu, time cuti macam ni la plan nak pegi mandi sungai. Sipa bawa nasi bungkus awal-awal lagi kan. Mandi sambil makan-makan. Hai macam idea la kalau time cuti ni kan.

Di sini ingin saya coretkan secara ringkas Sirah junjungan besar Nabi Muhammad.

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Selanjutnya..


Ok la, saya bukan Ustaz nak cakap panjang-panjang bab agama ni kan. Nanti orang cakap apa pulak kan.

Semoga kita sama-sama berubah dari keadaan sekarang ni kepada keadaan yang lebih baik dari masa ke semasa. Ayuh! Kita mampu lakukan. Selamat Menyambut Maulidur Rasul. AllahuAkhbar!

Esok ingat nak buat taik mata je awal-awal pagi tapi...... kena pegi kedai jugak.

Comments