Alhamdulilah. Rancangan nak bawa isteri dan adik bongsu ke aquaria klcc akhirnya berjaya. Abe long dan kak long pun ikut sama. Banyak la perkara yang melucukan berlaku. Hehehe.. biarlah hanya kami je yang tahu.
Kami parking kereta kat bawah, dulu pernah sekali parking di bawah ni. Acap kali datang sini dulu masa belajar kat upsi dengan motor, senang je la kan nak parking kat bawah pokok mana.
Pernah saya bermalam kat masjid as syakirin. Sejuk dan nyamuk punya la banyak. Kenangan tu hehe..
Tiket masuk sini hanya rm35 bagi dewasa dengan syarat kita tunjuk kad pengenalan. Kalau budak pula ialah rm15. Oleh kerana musim cuti sekolah, jadi penuh la ruang dalam tu.
Pelbagai jenis hidupan laut kat sana. Yang kita tak pernah tengok pun ada. Ada satu part, kita dok atas tempat berdiri tu. Kita di bawa secara automatik.
Comments
Post a Comment