Kenapa Saya Buat Blog

Saya ni jenis kaki kuat layan internet, opsss... saya layan yang tak salah disisi agama :-)

Semasa pelajar di politeknik seberang perai dulu bermula la alam ict. Saya ambil dip ict. Kiranya hari-hari masuk lab dan mengadap komputer. Saya ingat lagi yang zaman tu, friendster memang famos la. Kalau budak poli takda, memang kena boo la.

Sambung di upsi juga dalam bidang ict juga walaupun yang ni lebih kepada perguruan. Masa ni la perkembangan semakin pesat dan maju ke hadapan. Saya juga boleh dikatakan kaki gila gajet. Harus ukur baju di badan la kan. Jangan sampai tergadai habis.

Banyak masa saya dalam seharian dihabiskan dengan layari internet.

Saya buat blog. Sebenarnya ada pelbagai blog yang dibuat dlam pelbagai bidang. Biarlah ia menjadi private kita semua, dan saya lebih suka secara low profile dalam bab ni. Apa yang penting input dan output yang positif dan berguna.

Sekarang saya fokus dalam blog peribadi dan beberapa blog yang lain.

Teruslah bersama saya. Insya allah saya akan perbaiki segala kelemahan untuk menjadi yang lebih baik.

Comments