Alhamdulilah. Syukur dipanjatkan kepada allah yang maha kuasa. Tahun 2012 insya allah akan berlalu pergi sekejap sahaja lagi.
Banyak azam dan impian untuk tahun ini telah dicapai oleh saya dan keluarga. Rezeki juga allah telah limpah kurnia begitu banyak.
Bermula dari pertunangan saya, kakak dan adik perempuan. Lepas tu majlis pernikahan saya dan juga majlis pernikahan kak long. Semuanya berjalan lancar dan meriah.
Pada tahun ni juga keluarga kami mendapat berita gembira lagi iaitu isyeri saya dan kak long disahkan mengandung. Alhamdulillah tuhan.
Awal cuti sekolah pula, adik perempuan saya pula telah melansungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah juga, semua berjalan lancar. Tak sampai sebulan, dia dapat temuduga dan berjaya untuk dilantik sebagai jururawat kerajaan. Impian dia juga sudah termakbul.
Cuti akhir tahun lepas juga, kami sekeluarga dapat meloncong bersama-sama ke langkawi. Terima kasih buat kak long dan abang long yang sudi datang dari selangor untuk bersama-sama.
Banyak kenangan suka dan duka untuk tahun ini. Boleh dikatakan tahun ini keluarga en nanui dengan puan nik yah begitu meriah. Allahuakhbar.
Untuk tahun depan, keluarga saya akan bertambah ahli. Isteri saya bakal melahirkan anak pada bukan mei nanti. Semiga allah memberi kesihatan yang baik pada isteri dan bayi. Saya pun tak sabar dah rasa ni. Hehehehe...
Untuk abah dan we, man doakan kedua-duanya akan diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, murah rezeki dan hidup aman dan damai bersama-sama.
Selamat tahun baru 2013 buat keluarga, sahabat handai, anak murid dan sesiapa yang mengenali.
We love u!
Comments
Post a Comment