BERITA GEMBIRA BAGI YANG DIUJI
Kita mudah tersinggung atau salah mentafsir sesuatu perkara apabila tidak jelas tujuan dan maksud sesuatu perkara. Lalu timbul buruk sangka dan kebencian dalam hati. Tetapi apabila tujuan sebenar terlihat pada akhirnya. Maka akan timbul rasa berterima kasih dan redha diatas perkara tersebut.
Begitulah dengan ujian yang kita hadapi. Kebanyakan kita salah mentafsir ujian. Menganggap ujian adalah bebanan sahaja, tetapi tidak cuba memahami maksud dan tujuan ujian.
Dalam salah satu hadith, Rasulullah Saw bersabda, “Tidak akan berhenti ujian kesusahan dan penderitaan terhadap seorang mu’min dan mu’minat, baik yang menimpa dirinya sendiri, anak-anaknya, maupun hartanya, sehingga ia menemui Allah, meninggal dunia dalam keadaan tidak membawa satu dosa pun.” (HR. Tirmidzi).
Diambil dari kisah zaman Rasullullah seoarang perempuan yang sering dirasuk. Setiap kali dirasuk akan terdedah auratnya. Maka perempuan tersebut meminta doa dari Rasullullah supaya disembuhkan. Lalu nabi memberi pilihan kepada wanita tersebut samada dia memilih untuk disembuhkan atau syurga. Ternyata perempuan tersebut memilih syurga lalu nabi menyuruh wanita itu "SABAR" dengan ujian.
Apa maksudnya? Kamu SABAR ganjarannya SYURGA.
Kesimpulannya lihatlah ujian sebagai peluang untuk masuk syurga. Pujuklah hati dengan janji-janji Allah bagi hambanya yang "BERSABAR".
- Sambil menulis, sambil memikirkan di mana nak makan tengah hari. Boring beb!-
Comments
Post a Comment