Mengapa Pesawat Pejuang TUDM Tak Bawa Peluru Berpandu Ketika Penerbangan Rutin, Rondaan dan Latihan?



Mengapa Pesawat Pejuang TUDM Tak Bawa Peluru Berpandu Ketika Penerbangan Rutin, Rondaan dan Latihan?

Seringkali orang awam apabila melihat gambar pesawat pejuang TUDM seperti Su-30MKM, F/A-18D Hornet, MiG-29N dan Hawk terbang, mereka akan mempertikaikan mengapa pesawat tersebut tak bawa peluru berpandu. Oleh itu kami akan terangkan secara umum mengapa begitu. Secara umum sahaja, secara terperinci tak perlu la. Nak juga tau secara terperinci, masuk TUDM la.

Apabila pesawat pejuang TUDM melakukan penerbangan rutin seperti rondaan biasa dan latihan, selalunya pesawat tersebut tidak akan dipasang dengan sebarang peluru berpandu. Ini kerana memasang peluru berpandu kalau setakat buat penerbangan rutin seperti yang disebutkan tadi hanya akan menyebabkan pembaziran. Mengapa kami katakan satu pembaziran? Ini sebabnya:

1. Memasang peluru berpandu pada pesawat tanpa keperluan hanya akan meningkatkan penggunaan bahan bakar pesawat. Bahan bakar pesawat pejuang bukanlah murah harganya. Ini kerana ia akan menambahkan berat pada pesawat dan pertambahan berat ini akan mengakibatkan pertambahan penggunaan bahan bakar. Selain itu pemasangan peluru berpandu ini juga akan meningkatkan rintangan udara (drag) pada pesawat.

2. Pemasangan peluru berpandu pada pesawat untuk penerbangan tanpa keperluan akan menyebabkan peluru berpandu tersebut perlu kerap diselenggara. Ini kerana peluru berpandu tersebut akan menerima kesan beban gravity yang tinggi semasa penerbangan akibat maneuver dari pesawat. Kesan berterusan ini akan memberi efek kepada jangka hayat peluru berpandu akibat stress berterusan terhadap struktur rangka dan sistem elektronik peluru berpandu. Lagi pun pendedahan cuaca dan suhu yang kerap berubah akibat perubahan altitud penerbangan juga memberi kesan kepada peluru berpandu. Maka seperti juga pesawat, jika peluru berpandu kerap dibawa untuk penerbangan maka ia juga perlu kerap untuk diselenggara. Ini akan memakan kos yang tak perlu apabila peluru berpandu juga terpaksa perlu kerap diselenggara. Malah ia akan memendekkan jangka hayat peluru berpandu yang mana harga peluru berpandu bukanlah murah untuk dibeli secara kerap apabila telah tamat jangka hayatnya.

Ini penerangan ringkas secara umum kami berkenaan keperluan pemasangan peluru berpandu pada pesawat ketika waktu aman, bukan dalam konflik dan bukan dalam situasi ‘panas’. Malaysia ni bukannya bajet pertahanan besar sangat pun. So mana yang tak perlu tu, tak perlu la nak buat. Kena la berjimat cermat sikit dengan bajet yang ada.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=590279724510843&substory_index=0&id=166689210203232

Comments