Betul Ke Kaedah Berdoa Cara Petik Jari?

http://sitik.files.wordpress.com/2012/07/finger3.jpg


Zaharuddin.net

Secara peribadi, saya KURANG SETUJU dan MERAGUI teknik berdoa yang diajar oleh beberapa motivator, "Iaitu dengan mengosongkan fikiran serta membayangkan hajat yang diingini tercapai sehingga minda berada di keadaan alpha dan kemudian PETIK JARI."

Kemudian pasti hajat akan termaqbul. Teknik khas ini adalah ASING dari teknik berdoa yang khusus dari Nabi & nas yag hanya menyuruh dengan mengangkat kedua tangan sahaja. Kedua, masalah boleh berlaku apabila sesudah petik jari, orang ramai diajar seolah ia pasti dengan yakin akan beroleh yang dihajatinya.

Ajakan untuk yakin dan bertenang sewaktu berdoa, sememangnya tiada masalah. Namun bila dipakejkan dalam teknik berdoa yang khusus seperti ini, masalah mula terlihat. Nabi & para sahabat sendiri tidak berdoa sambil petik jari untuk mendapat kemaqbulan. Wallahu'alam. Saya mengajak orang ramai untuk mengelakkan dari mengamalkan teknik baru ini.

Sewaktu berdoa, sudah cukup untuk kita meyakini akan dimaqbulkan, faham apa yang dihajati, bersihkan diri selalu dari dosa dan mengangkat tangan serta rapatkannya sewaktu doa dan bacalah doa dari alQuran dan Hadis serta lainnya. cukup sekadar itu, akan maqbul sama ada lewat atau cepat. Insha Allah.

Comments