Selawat Bersama Ahli PERAKAN Miri

Alhamdulilah

Hujung minggu lepas diadakan mesyuarat ringkas untuk sebuah ngo Perakan di Pasti Piasau.

Kehadiran biasa saja tetapi ajk yang utama semuanya hadir. Pelbagai isu dan agenda dibincangkan secara bersama.

Untuk pengetahuan, anak-anak kelantan yang berada di Miri ramai sebenarnya. Mereka datang dari pelbagai cabang pekerjaan dan sebab  lain. Ada ikut ahli keluarga, perniagaan, pekerjaan dan banyak lagi la.

Selepas bermesyuarat, ahli sama-sama berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad.

Jamuan roti cicah gulai daging disediakan secukupnya. Lama dah rasanya tak makan makanan ni, bila dapat dah tak caro kat ore dah.

Maaf, gambar gulai daging tidak dimuat naik bagi mengelakkan sahabat lain terliur.

Comments