Alhamdulillah.
Lama tak update blog disebabkan kesibukan jarang-jarang balik kampung ni kan. 2 hari lepas rumah saya buat majlis solat hajat.
Dah berbincang lama dengan keluarga pasal majlis ni. Lagi pun kak long dah nak sampai tarikh bersalin.
Terima kasih kepada semua keluarga yang terlibat, tanpa saudara ji rasanya majlis ni tidak akan sempurna.
Daripada kerja siang daging sampai lah ke basuh pinggan mangkuk, kami bekerjasama buat.
Walaupun rasa penat, masing-masing puas hati dengan majlis. Kalau diikutkan pada malam tu ada 3 tempat di kampung ni buat majlis maulid nabi juga, tu yang jemaah ada terpaksa terkejar-kejar.
Lauk yang disediakan ialah lauk orang kampung, simple dan sedap.
Sekali lagi saya wakil kepada keluarga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.
Comments
Post a Comment