Remaja Lelaki Jatuh Ke Dalam Sungai Kelantan

blogger templates

Petang semalam seorang remaja lelaki jatuh ke dalam sungai kelantan. Masa petang tu dah tahu kat dalam facebook sahabat maya.

Malam semalam alang-alang keluar nak pergi makan char kew teaw di kota bharu, kami singgah la kejap.

Orang bukan main ramai, padahal keadaan masa tengah gelap gelita. Pihak polis dan bomba baru je sampai dan bersiap untuk melakukan operasi.

Pagi tadi saya singgah lagi sekejap, orang masih ramai. Peralatan penyelamat pun semakin banyak dan canggih.

Mengikut maklumat dari sahabat yang terselamat, remaja tu dari kota bharu nak pergi ke pantai seri tujuh. Dah dok kawasan bawah jambatan, budak ni terus seberang ikut jambatan besi yang pekerja buat jambatan tu guna.

Nak jadikan citer, sebuah kereta proton saga lama lalu juga dan bertembung dengan remaja yang naik motor tadi. Bila keadaan tak stabil, budak tu terjatuh melalui celah-celah besi jambatan.

Panjang lagi la citer mengikut sahabat tempat dia belajar di kolej ptptl area tesco.

Semoga mayat dijumpai segera la.

0 Response to "Remaja Lelaki Jatuh Ke Dalam Sungai Kelantan"