#ceritateachershafina
KALAU ANDA MEMBESARKAN ANAK SEBAGAI SEORANG RAJA, BERSEDIALAH UNTUK MENJADI HAMBA!
-Ini bukan post meroyan. Ini post khidmat masyarakat.Ibu bapa, atuk nenek, sila baca.
Tadika kami adalah berasaskan konsep 'design thinking'. Maknanya, tadika ini very people oriented.Kami kaji masalah ibu bapa, dan kami gariskan perlaksanaan untuk menyelesaikan masalah yang selaku dihadapi oleh ibu bapa.Tadika kami juga menekankan konsep inovasi, maka kalau masuk tadika kami, feelingnya takkan sama macam masuk tadika.Macam ala-ala masuk opis koprat la lebih kurang.Pendidikan abad ke 21 kan... So selain persekitaran yang kondusif, approach juga kena berbeza.
MALANGNYA......
Mentailiti ibu bapa dan penjaga masih lagi belum sampai ke abad ke 21.Sorry but not sorry, ibu bapa alaf baru kebanyakannya (bukan semua) rajin beno nak carik salah cikgu and selalu berpegang prinsip SAYA BAYAR! Isk isk isk....sungguh menyedihkan.
Ada ibu bapa yang mengatakan bahawa anaknya mempelajari perkataan babi ( sebab babi pemes sikit semenjak dua menjak ni) di sekolah.Perkataan jahanam, mampus, ( all the negative words la).Saya terangkan, di sekolah kami amat menitikberatkan adab pergaulan sosial.Even students cakap 'aku' pon saya akan tegur.Dan di sepanjang duduk di kelas saya, tiada pula anak ini cakap perkataan demikian.Melalui pemerhatian saya semasa perjumpaan ibu bapa tempohari, ibu bapa ini membiarkan anak ini melayan youtube tanpa pengawasan.Tengok aje...... Ultraman contohnya, boleh tahan bahasanya..... Bila nampak macam tu, ambe tegur, sila pantau apa yang anak anda tgk di telefon, jangan lepaskan macam tu aje.....Respon ibu bapa tadi .... Tarik muka!
Satu lagi, tolong jangan percaya sangat cakap anak anak.Budak budak tak menipu tak boleh digunapakai lagi.Sebabnya, banyak interfere dari media sosial yang merangsang pertumbuhan sosio emosi anak anak.So, jangan anggap anak suci bersih sebaik baik kejadian ye.Di rumah dan di sekolah kadang kadang perangai tak sama.Jadi, bila ada satu satu insiden berlaku, contohnya tertukar baju ke , boleh tak jangan bagi statement ' saya dah bagitahu teacher dia, selalunya anak saya bukak baju terus masuk dalam beg.Sepatutnya teacher dia uruskanlah!! ' Kau tak tahu anak kau main helikopter dulu dengan baju tu, sepah merata -rata atas lantai.....cikgu yang kutip satu satu baju anak kau dengan spende begulung sekali dengan seluar.Satu lagi, kalau tak nak baju tertukar, tolonglah labelkan.Bila tanya label ke tidak baju anak, dia menjawab tak............ So? siapa yang ignorance sebenarnya?
So, pendidikan bukan setakat cikgu sahaja.Ibu bapa adalah guru yang pertama.Apa yang anda buat, akan jadi ikutan anak anak.Takyah nak poyo sangat cakap kau bayar.Walaupon kami institusi swasta, tapi duit bukan segalanya. Kami pendidik, bukan BIBIK anda.Paham tak? Tak paham jugak hantuk kepala kat dinding doploh kali sampai lumat!!!!!
Nanti adalah yang cakap, bahasa yang ambe gunakan arini tak macam cikgu pun...... Cikgu pun ada tahap kesabarannya. Kalau direndahkan martabat sebegitu rupa, memang 'let the show begins la! '
Dah, nak akhiri dengan suatu quote ni.Mohon hadamkan.
Kalau anda membesarkan anak sebagai seorang raja, bersedialah untuk menjadi hamba!
Adios bebeh!
https://m.facebook.com/groups/130952836978978?view=permalink&id=1404315322976050
Comments
Post a Comment