RUMUSAN aksi 90minit Kelantan VS TTeam



RUMUSAN aksi 90minit

1) ALHAMDULILLAH..'badi' dirumah sendiri BERJAYA dileburkan..kemenangan kedua berturut-turut & sekali lagi Ghaddar22 meledak hatrik utk memimpin carta senarai penjaring

2) MOMENTUM yg dibawa dari Ipoh..tanpa rombakan besar dari senarai line up 1st 11 oleh coach ZI..TRW bermula baik & kembali ke bilik persalinan dgn kelebihan 1 gol

3) cuma apabila lawan berjaya menyamakan kedudukan..agak CEMAS seketika sehingga T-Team hampir menjaringkan gol pendahuluan & ia diselamatkan oleh PENGALAMAN & KETENANGAN Angah2

4) kemasukan Danial34 jelas memporak perandakan pertahanan lawan & memberi ruang utk Ghaddar lebih BEBAS 'bernafas' & ambo memilih 'wonderkid' ini sbg MOTM malam tadi biarpun Ghaddar berjaya 'menyimpan match ball' buat kali kedua berturut-turut

5) sesuatu yg harus mendapat PERHATIAN adalah KEALPAAN yg membenarkan lawan menjaringkan gol dipenghujung permainan & TRW masih gagal mencatat 'clean sheet' selepas 8 perlawanan

6) keputusan di Ipoh jelas berjaya 'memujuk semula' penyokong utk kembali memenuhi SSMIV..seperti pemain jelas penyokong juga DAHAGAKAN kemenangan sulung di laman sendiri selepas 4 perlawanan

7) sesuatu yg POSITIF apabila Iwe18 juga kembali menjumpai 'pukat gol' & buat sementara waktu peminat TRW mungkin terlupa seketika sebenarnya TRW kehilangan khidmat Celin29, Paan10, Hakim8 & Black25

8) Ramadhan1 mendapat peluang kedua selepas aksi agak MEMBERANGSANGKAN di Ipoh..bermain di depan penyokong sendiri utk kali pertama NYATA penjaga gol muda sedang berada dilandasan tepat utk dipersiapkan oleh 'acuan yg sama' sbg penjaga gol utama TRW pada masa depan

9) TRW akan 'berehat' panjang selepas tersingkir dari saingan Piala FA & memberi laluan kpd persiapan skuad Kebangsaan..selepas ini (8 & 12 April) mereka akan berdepan 2 pasukan calon juara Liga Super iaitu Pahang & JDT kedua-duanya di Kota Bharu

10) mohon JUTAAN kemaafan atas kelewatan karya ini..ambo sedang dlm perjalanan ke KL utk urusan kerja & sambil melayan aksi Piala FAM melibatkan aksi skuad MPKB..terima kasih kerana terus SETIA bersama TRW & 'page' ini..anda semua terbaik!! GKG!!

budakjalanan
5/3/17 19:29
KM 47.4 Lebuhraya KL Bentong

Comments