Mancing Hujung Minggu Kat Tanjung Lobang, Ikan Gelama Ditawan


Benda dirancang secara ad hoc. Sambil bual-bual Din dengan Basir setuju nak join. Din yang jadi kepala, ambo ni tukang ikut je.


Tanjung Lobang jadi port, sekarang ikan gelama banyak. Minggu lepas Din dapat ikan tanda. Tak tau nama kat Miri orang panggil ikan apa. Memang puas hati makan. Budak-budak ni buat ikan masak sos.

Sahabat boleh tengok la aksi-aksi pemancing profesional kat dalam gambar tu. Tengok pada gaya, memang pari la kan yang ditawan. Tapi ari ni rezeki dapat gelama. Walaupun kecil, tapi banyak juga. Boleh buat goreng kunyit.


Yang tengah beraksi tu Abe Din kita. Banyak juga dia dapat ikan gelama. Dok gilir-gilir dengan Abe Sir kito.


Abe Zaid handsome pun ada sekali. Muka dah pakat boring lagi pun masa ni matahari dah tegak atas kepala. Next aktiviti mungkin saya nak beli la satu batang joran. Syok juga tengok orang dok kena ikan.

Comments