Alhamdulillah. Zakat Sudah Dibayar Sekali Dengan Isteri

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/482016_10151093722537929_226502055_n.jpg

Alhamdulillah. Semalam selepas solat maghrib di Masjid Piasau, saya sempat bayar zakat fitrah. Dok tangguh dari hari ke hari.

Ramai yang join bayar sekali. Kat sana memang selesa dan mudah. Disediakan 2 kaunter sekali gus.

Tahun ni juga saya bayar tak sama macam dulu la. tahun kan dah ada ister, jadi kena bayar kat dia sekali la.

Kalau kat Sarawak ni harga bagi seorang untuk zakat ialah sebanyak RM 6.50. Kalau kat Kelantan sekarang mungkin lebih kurang sama la kot.

Semoga Allah memberkati segala rezeki yang DIA berikan yang tiada hentinya. Tambahkan segala apa yang tidak cukup dan jauhkan dari segala bala benda disebabkan hasil rezeki yang haram.

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar Fitrah
Bagi tahun berakhir 2009 Masihi/1430 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM7.00 seorang.

Syarat Zakat Fitrah
1.Islam
2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3.Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah
1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”

http://www.pesantrenvirtual.com/images/doazakat2.gif

Comments