Susah Nak Jalan Pakai Kasut Panjang Macam Ni

Assalamualaikum sahabat. Kita dah nak masuk dalam minggu akhir ramadan dah kan.

Musim budak-budak exam ni kan, sunyi ke bunyi sekolah. Aman la katakan. 10 minit ramai lagi yang ada kepala, bila masuk setengah jam lebih. Boleh tengok badan jer yang nampak. Kepala pakat turun bawah habis dah.

Sebenarnya saya jarang pakai kasut jenis panjang macam ni. Masa belajar kat UPSI dulu teringin la jugak tengok budak-budak pakai, tapi dok balun kasut yang abah bagi tu la sampai sekarang.

Ni kasut semasa kahwin hari tu. Isteri suruh pilih sendiri, masa tu la terus pilih yang macam ni.

Hahahaha.. selalu je langgar kaki pelajar. Ye la, tak boleh nak agak jarak. Bila pelajar datang nak tanya apa-apa soalan. Mesti kaki kena langgar.

Hahahaha... nasib?


Comments