Hari ni bermula la minggu exam bagi pelajar sekolah saya. Ini bermakna lebih kurang 2 minggu lagi la nak balik kampung beraya kan. Kepala memang dok fikir pasal keluarga dan sanak saudara. Mesti meriah petang-petang dok kalut cari juadah nak berbuka.
Tahun ni bab beli pakaian saya serah kat isteri tercinta. Biar dia la buat pilihan baju macam mana dan tema lagu mana. Hari ni pun dia dah pergi cari dan beli pakaian untuk abah we dan keluarga mertua.
Sahabat semua dah beli ke? Ke guna yang tahun lepas? Saya beli baju melayu tu bukan apa, kalau kat sekolah ni tiap-tiap hari jumaat memang wajib pakai. Kalau tak pakai, bos jeling memanjang la. Hehehe....
Ok la, ambo minta diri dulu la deh. Nak berehat kejap. Buat anak murid ku, cikgu ucapkan selamat berjaya dalam membuat jawapan dalam peperiksaan nanti.
Comments
Post a Comment