Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Herman Sekeluarga


Alhamdulillah, selesai sudah sambutan raya kali ni. Perut penuh dengan makanan. Kerja mengisi je kalau singgah rumah sapa-sapa.

Tahun ni kali pertama saya beraya sebagai seorang suami. Walau pun penat tetapi rasa puas antara saya dan isteri terpancar. Kami terkejar ke hulu ke hilir beraya semata-mata nak bagi semua sempat pergi. Terima kasih sebab isteri banyak menolong dan faham

Balik kampung kali ni juga amat bermakna kerana kami dapat berjumpa dengan seseorang yang amat penting. Semoga Allah mempermudahkan segala hajat dan impian kami ni.

Semoga isteri dan keluarga dapat menghadapi dugaan kecil ini. Semoga ada sinar kesenangan di penghujung nanti.

Comments