TAHUKAH ANDA? AIRASIA TELAH DIAMBIL ALIH DAN DIASASKAN OLEH DATUK KAMARUDIN MERANUN & TAN SRI TONY DENGAN NILAI BELIAN RM1 DAN BEBAN HUTANG TERKUMPUL RM40 JUTA PADA TAHUN 2001



Cerita bermula apabila pada tahun 2001, Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes menubuhkan Tune Air sebagai satu syarikat Holding bagi mendapatkan lesen Penerbangan atau Air Operation Certificate ‘AOC’.

Bagi memohon lesen penerbangan, mereka berdua telah berurusan bersama Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Namun atas sebab tertentu, pihak kerajaan tidak dapat memberi lesen baharu kerana pada waktu ketika itu terdapat syarikat penerbangan di Malaysia yang telah mengalami kerugian yang besar.

Tiada pilihan lain.

Datuk Kamarudin dan rakan pengasas lain terpaksa mengambil alih syarikat yang telah berdaftar dan sedia ada. Selain dari MAS, ketika itu ada dua sahaja lesen bukan milik kerajaan, iaitu Pelangi dan AirAsia.

Pelangi ketika itu mempunyai hutang melebihi RM100 juta. AirAsia pilihan yang lebih baik ketika itu kerana infrastruktur yang sedia ada dan akaun yang lebih jelas dan baik.

Ketika itu, AirAsia mempunyai bebanan hutang terkumpul sebanyak RM40 juta dari pemiliknya sebelum ini iaitu DRB-HICOM, menyewa dua pesawat Boeing 737-300 berserta 254 kakitangan dan menerbangkan lebih kurang 250 penumpang setahun. Ya, ini bukan keputusan mudah kerana ia satu pelaburan yang berisiko pada awalnya.

Hasil persetujuan, mereka berdua telahpun menandatangani perjanjian jual beli pada 8hb Sep 2001, iaitu 3 hari sebelum kejadian menara World Trade Center di New York runtuh 9/11 dan mengambil alih syarikat tersebut pada 8hb Dis 2001.

Bersama pengambil alihan syarikat tersebut, mereka berdua juga mewarisi hutang syarikat iaitu sebanyak RM 40 juta dan menjelaskan kesemuanya hutang lama dalam masa 6 bulan dan ianya dilakukan 100% melalui aliran tunai (CASHFLOW) syarikat.

Siapa sangka dari jerit perih, penat lelah permulaan mereka dahulu membangunkan AirAsia dari hutang puluhan juta, kini AirAsia memiliki lebih 174 pesawat 'narrow body' A320, 30 pesawat 'wide body' A330, juga lebih kurang 300 pesawat yang masih dalam tempahan.

Kakitangan kumpulan syarikat AirAsia sekarang melebihi 20,000 orang dan jumlah penumpang pula telah meningkat melebihi 60 juta setahun.

Sejak diambil alih syarikat tersebut 17 tahun yang lalu, jumlah penumpang yang telah diterbangkan sehingga kini sudah pun menjangkau lebih 400 juta penumpang.

Comments