Batas Aurat Orang Islam Dan Bukan Islam Yang Sejenis



Batas Aurat Orang Islam Dan Bukan Islam Yang Sejenis

SOALAN :

Ketika belajar di Universiti, saya ditempatkan sebilik dengan pelajar berketurunan Cina sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kolej. Menjadi kerunsingan saya, apakah batas aurat perempuan Melayu Islam dengan wanita bukan Islam? Apakah ia sama dengan batas aurat lelaki yang bukan mahram?

Setahu saya, tidak menjadi halangan untuk wanita Melayu Islam menunjukkan auratnya melainkan yang tidak dibenarkan oleh Islam iaitu antara lutut dan pusat. Benarkah begitu? Apakah saya berdosa sekiranya batas aurat yang perlu saya jaga sama dengan batas aurat apabila berhadapan dengan lelaki bukan mahram?

JAWAPAN :

Islam tidak melarang sama sekali berinteraksi dengan golongan bukan Islam. Malah kita disuruh mempamerkan teladan yang baik kepada mereka. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Jadilah kamu umpama tahi lalat apabila berada bersama-sama orang ramai."

Maksudnya supaya orang Islam menyerlah dan mempamerkan keindahan pengalaman syariat Islam.

Namun Islam memberikan batas-batasnya. Hal ini bertujuan menjaga kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Ia juga bermanfaat bagi memelihara keselamatan diri daripada fitnah masyarakat yang boleh membawa gangguan mental serta fizikal. Masakan orang yang tidak mengimani Allah dan hari akhirat dapat menjaga amanah? Justeru Islam menentukan batasan yang wajar.

Dalam hal ini, batasan aurat antara perempuan Islam dan perempuan bukan Islam adalah sama dengan lelaki yang bukan mahram. Cuma para ulama membenarkan mendedahkan anggota yang perlu untuk membuat sesuatu pekerjaan.

Mendedahkan aurat mendatangkan dosa. Justeru, umat Islam perlu menjaga batasannya. Fahami batas-batas aurat ketika bergaul dengan orang lain. Perlakuan dosa mendedahkan aurat secara berterusan dibimbangkan akan mencabut keimanan kita. Kita juga perlu mengamalkan istighfar agar dosa-dosa kita diampuni Allah.

Rujukan :

Al Islam

Comments