Kena Ajar Subjek Pendidikan Seni Visual

July 12, 2011



Morning friends!

Cewah kecek omputeh la pulak kan. Minggu ni saya dah dapat jadual mengajar. Alhamdulillah, tiada la teruk sangat jadualnya. Dan yang terbest sekali untuk tahun ni, saya hanya perlu mengajar subjek Pendidikan Seni Visual sahaja.

Kelas yang diberi pun boleh la tahan juga kan. Yang hujung-hujung belaka pulak tu, aiyo. Dugaan la tu kan. Kena pandai-pandai kawal kelas supaya bagi menarik sikit kan. Pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4.

Saya dalam proses nak sesuaikan diri dengan keadaan dan bahasa percakapan orang Miri ni kan. Ini untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas nanti kan. Tiada yang ternganga mulut nanti.

Korang siapa yang dalam bidang seni?

Saya sekarang kena banyak membuat rujukan bab-bab seni visual la kan. Tengok dia punya buku rujukan tu boleh tahan jugak la kan.

Dah jumpa pun blog-blog yang banyak bagi info seperti http://senivisual1.blogspot.com/

Apa-apa pun, ambo masuk kelas dulu. All the best buat kawan semua!

Salam geng!

Comments