Kisah Pramugari Dengan Ulamak

July 12, 2011
http://farm4.static.flickr.com/3181/2786415911_4d22d1633b_o.jpg

Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang itu terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhuk. tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu lalu menegurnya...

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama': (Dengan suara lembut dan rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua tiga kali sehari!

Ulama': (Dengan bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

Comments