Saya Rasa Nak Beli Basikal Di Miri. Basikal Fixie?

July 23, 2011
Salam hujung minggu kawan semua.

Fuh lega rasa pagi ni, saya tido bukan main la hehe.. Biasa la kan, nama dah pun hujung minggu kan. Korang semua buat gapo?

Bila tengah-tengah online sambil blogwalking, rasa macam tertarik la pulak dengan demam orang tengah layan basikal sekarang ni kan. Cuma konpius sikit, basikal macam mana yang saya nak layan nanti. Sekarang ada basikal fixie.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4FiJ9sni_BAtCklZ4kG2FmgsmydDOTWlumX7F6qVobEeR4LpFxY4bZ08lN1uXKeRFGrsnHf3llMWmq4G4t1XAqS9qvgtMjEq3xRjZkooRMvDBwNOICvUzlO-NYBbMQn5AyxIwTwO5vkJw/s1600/fixed+neon.jpg

salah satu basikal Fixie

Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.

Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.

Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.

Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.

Basikal fixie tidak mempunyai gear.

Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.

Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.

Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.

Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.

Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebioh “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

http://affinitycycles.com/wp-content/uploads/2010/09/RLX_Affinity-02-PINP-e1284121587217.jpg

ni lagi la mengancam
TAPI

Saya rasa basikal macam tu nampak tak sesuai bagi diri yang sedikit badan besar kan. Tapi tak tahu la macam mana kan nanti. Dalam fikiran ni bila fikir-fikir balik elok beli basikal jenis mountain bike je kan. lagi lasak dari yang basikal comel kat atas tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYmS3FYdBDk2eh18EcwHIxnoKV_xZKwWBohzjbGP4gE_a-uVLq5jliOkOpZgAfPU8cK-bWr8wCVTXSlZfFhBymYmuytly0zponG0o7HRh25Cxn5qC3qBS4mBU7EJl7ZUsLd62Aru_jJZpJ/s1600/51TA618TKPL._Mountain+Bike_.jpg
apa macam yang ini?

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSG6xOTAkItu1j3p6WVobghg6jwhVM4fFLUomxTSAcT6tBS0EqL&t=1

lagi la menarik yang ni

Ok la kawan, saya nak keluar jap pergi cari makanan untuk dibaham hehehe..

Salam geng!




Comments