Surat Terbuka Buat ............................... | Malaysia vs Singapore

July 29, 2011
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/250306_248240915195526_187523421267276_982051_2041539_n.jpg

Terlebih dahulu, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pemain dan pasukan MALAYSIA yang telah berjaya menunjukkan satu aksi yang agak baik dengan mengikat Singapura 1-1 di arena sendiri. Penulis jugak ingin memuji kesungguhan yang telah pemain tampilkan sdan berjuang sehingga wisel penghabisan. Seperti yang semua maklum, MALAYSIA seri pada malam ini, namun keputusan tewas 3-5 pada perlawanan pertama menyebabkan MALAYSIA tersingkir dari segi agregat.

Penulis bersetuju dengan kesebelasan utama yang diturunkan coach K.Rajagobal terutama pemilihan Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gol utama, manakala kehilangan Safiq Rahim memaksa jurulatih memilih altenatif kedua, Ismail Faruqi sebagai penganti Safiq di jentera tengah bagi merencana serangan. Namun, Ismail Faruqi dilihat masih lagi tidak dapat menunjukkan prestasi cemerlang beliau ketika beraksi bersama pasukan Terengganu. Kekurangan pengalaman di peringkat antarabangsa mungkin menjadi penyebab beliau gagal beraksi pada tahap sebenar. Kecederaan awal Aidil Zafuan juga dilihat sedikit merencatkan perjalanan perlawanan dimana jurulatih terpaksa "membazirkan" pertukaran awal.

Cuma penulis kurang bersetuju dengan dua pertukaran akhir yang dilakukan oleh jurulatih dimana memasukkan Gurusamy dan Fakri Shaarani bagi menggantikan Ismail Faruqi dan Abdul Hadi. Tidak dinafikan, Gurusamy merupakan antara pemain yang bagus namun di saat MALAYSIA memerlukan jaringan, adalah lebih baik untuk memasukkan pemain yang lebih "offensive" seperti Baddrol Baktiar dan Ashaari Shamsudin. Gurusamy dilihat lebih kepada seorang pemain "defensive" dan gandingan beliau bersama Amar Rohidan yang juga seorang pemain "defensive midfielder" menyebabkan MALAYSIA tiada perancang yang mampu merencana serangan dari tengah.

Pertukaran yang paling "kontroversi" bagi penulis ialah kemasukan Fakri Shaarani bagi menggantikan Abdul Hadi. Penulis berasa, ramai yang bersetuju dengan penulis dimana kemasukan Fakri Shaarani ke dalam pasukan di saat getir adalah satu "perjudian". Jika dinilai dari segi prestasi, Fakri bukanlah seorang pemain yang berada dalam prestasi terbaik ketika ini, malah dalam saingan Liga Malaysia sekalipun, Fakri dilihat tidak menjadi. Prestasi terakhir Fakri ketika di Singpura sudah cukup sebenarnya untuk membuka mata ketua juralatih K.Rajagobal untuk menilai aksi beliau. Terfikir di benak fikiran penulis, adakah MALAYSIA ketandusan penyerang? Selain Fakri, penulis berasakan Ashaari Shamsudin dan Baddrol Baktiar merupakan calon yang lebih baik untuk masuk menggantikan Abdul Hadi. Walaupun kedua pemain ini bukan beraksi di posisi penyerang, tetapi mereka mampu untuk beraksi di belakang Safee Sali bagi membantu pasukan menjaringkan gol. Tapi kenapa masih memberi kepercayaan kepada pemain seperti Fakri yang sudah berkali-kali mempamerkan aksi mengecewakan. Dan sekali lagi beliau mengecewakan MALAYSIA dengan menerima layangan KAD MERAH di akhir perlawanan. ADAKAH selepas ini beliau akan terus diberi kepercayaan untuk membarisi skuad KEBANGSAAN??

Khairul Fahmi Che Mat pula cukup cemerlang pada malam ini. Walauoun terpalit dengan kisah "kontroversi" peribadi beliau, namun ianya sikit pun tidak menjejaskan persembahan beliau malah beliau beraksi dengan cukup luar biasa. Jika tidak kerana beliau, sudah pasti gawang MALAYSIA akan bolos dengan banyak. Beliau telah menyelamatkan sekurangnya lima percubaan bahaya termasuk cubaan satu lawan satu. Jadi tidak hairanlah nama beliau kembali dijulang pada malam ini sekali gus mengukuhkan cengkaman beliau di posisi nombor satu penjaga gol MALAYSIA. Apek juga telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Gandingan Safee Sali dan Abdul Hadi di posisi serangan dilihat cukup mengecewakan dimana Abdul Hadi gagal memberi sokongan kepada penyerang utama, Safee Sali. Jika sebelum ini, Norshahrul Idlan merupakan pasakan yang paling ideal buat Safee dimana beliau banyak membantu Safee dari segi lorongan bola dan hantaran untuk Safee menjaringkan gol. Abdul Hadi pula dilihat kurang serasi untuk bergandingan dengan Safee dimana posisi beliau dan Safee sebenarnya adalah sama, iaitu penyerang utama. Oleh itu, Abdul Hadi dilihat kurang selesa sebagai pemain "backup striker" yang sepatutnya lebih membantu penyearang utama menjaringkan gol.

Dengan kehilangan Norshahrul, MALAYSIA masih punya pilihan lain kerana pemain seperti Baddrol Baktiar dan Ashaari Shamsudin mampu menggalas tugas sebagai "backup striker". Jika dua "top striker" (Safee & Hadi) bermain sekali gus, bermakna MALAYSIA hanya mengharapkan hantaran dari pemain sayap dan tengah. Kehilangan Safiq dilihat cukup ketara dimana tiada hantaran dan lorongan yang dirancana dari tengah yang mampu membuahkan hasil.

Apapun, ketua jurulatih lebih mengetahui dimana beliau adalah orang yang paling dekat dengan pemain. Hanya beliau sahaja yang mampu menilai prestasi semasa pemain kerana beliau yang melatih pemain-pemain ini. Penulis hanya menulis berdasarkan pemerhatian dan prestasi yang penulis lihat dari bangku penonton bahkan kadang-kala hanya didepan kaca TV. Akhir kata dari penulis, Tahniah buat pasukan MALAYSIA kerana berjaya berjaya mencapai tahap ini dan selamanya Harimau Malaya tetap di hati. Kalah menang adat pertandingan. Kalah menang, teruskan perjuangan. MALAYSIA!! Aummmmmmm!!

Sumber

Comments