Ulasan Herman: Pertahanan Lemah! Penjaga Gol Koya!

July 24, 2011
http://1.bp.blogspot.com/-9KQT77LkG5Q/TisatDxjC6I/AAAAAAAAJ-E/Clyof_h9xZo/s200/safee%2Bsali.jpg

Pedihnya hati melihat pertahanan yang rapuh yang mengakibatkan skuad Harimau Malaya terpaksa tunduk dengan jaringan 5 – 3 ditangan Singapura dalam perlawana pusingan pertama kelayakan Pra Piala Dunia Zon Asia malam tadi…

Skuad bimbingan jurulatih Datuk K Rajagobal yang bertandang ke Singapura malam tadi tidak dapat mengekalkan prestasi cemerlang yang mereka sajikan kepada rakyat negara ini sewaktu memenangi Piala AFF Suzuki di Jakarta bulan Januari awal tahun ini.

Secara kesimpulannya seluruh rakyat negara ini bersetuju sepertimana yang boleh kita lihat sendiri menerusi siaran langsung dikaca tv, seterusnya rancak pula menerusi chat dan facebook rata rata semua dikalangan kita akan menyalahkan barisan pertahanan yang rapuh dan longlai…

Hampir kesemua gol jaringan Singapura adalah “soft goal” kecuaian pertahanan dan juga “couldn’t careless attitude” sikap malas penjaga gol Sharbinee Allawee…

Malah kelemahan pertahanan menjadi masalah kepada skuad Rajagobal setelah pemain utama, Aidil Zafuan terpaksa direhatkan kerana kecerderaan yang beliau alami dan natijahnya tidak seorang pun diantara Mahalli Jasuli, Asraruddin Omar, Mohamad Muslim dan Fadhli Shas mampu bertindak sebagai ketua dan memberikan command serta arahan...!

Sungguh sayang sekali.., segala penat lelah barisan serangan skuad Harimau Malaya yang menghasilkan 3 gol menerusi Safee Sali dan Hadi Yahya telah diranapkan oleh barisan pertahanan kita..! Aksi cemerlang menghuru-harakan pertahanan Singapura oleh Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal juga ternyata sia sia..!!

Tanda tanda barisan pertahanan lemah sudah terbukti sewaktu skuad Harimau ini dilanyak oleh Liverpool yang menembusi gawang kita sebanyak 6 kali dimana kita tewas dengan jaringan gol 6 – 3.

Walaupun mengikut kiraan dan sifirnya, skuad Rajagobal masih berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya kerana akan menyambut kedatangan Singapura di Stadium Bukit Jalil pada hari Khamis nanti 28 Julai, mengambil kira FIFA Away Goals Rules; dimana kedudukan sebenarnya adalah Malaysia 4 Singapura 5 kerana kemampuan anak buah Rajagobal menjaringkan gol ditempat lawan, namun akibat masalah pertahanan rapuh "tidak mustahil" Singapura menjaringkan gol di Bukit Jalil....

Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada Datuk Rajagobal untuk membawa masuk 3 pemain pertahanan dan seorang penjaga gol skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee yang telah memberikan azab dan seksaan kepada pasukan Chelsea baru baru ini...!

Agak ketara dan jelas barisan pertahanan skuad Olimpik kita jauh lebih kental dan kuat apabila berjaya mengekang bintang bolasepak dunia seprti John Terry, Drogba, Fernando Torres, Frank Lampard, Nicolas Anelka. Malah gol jaringan Chelsea boleh dianggap kontrovesial kerana menurut replay kamera, bola itu tidak masuk..!

Berikut adalah pemain pemain yang harus dibawa masuk untuk beraksi pada 28 Julai sekaligus menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar skuad bimbingan Rajagobal ini akan mengibarkan jalur gemilang mencipta kejayaan melangkah ke pusingan seterusnya..!

Penjaga gol, Farizal Marlias yang GAGAL untuk ditembusi oleh pemain pemain terkemuka dunia Chelsea....

S Subramaniam yang menjadi benteng pertahanan tengah mengekang kemaraan Torres dan John Terry pada perlawanan persahabatan menentang Chelsea....

Gary Steven Robat yang berjaya menjalankan tugasnya sebagai “Stopper” membaca pergerakan barisan serangan Chelsea dengan cukup kemas…

Norhafiz Zamani Misbah, pemain yang cukup berpengalaman memiliki leadership quality yang sangat baik! Gandingannya yang mantap bersama sama dengan S Subramaniam membuatkan Chelsea bertambah gugup kerana tidak mampu menembusi gawang Malaysia… Norhafiz calon paling sesuai mengisi kekosongan Aidil Zafuan agar pemain pertahanan yang lain mendapat seorang “Boss” in command dalam mengharungi tugas mereka.

Comments