Tahlil Perdana Sempena Hari Guru Daerah Miri

July 16, 2011
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270264_10150270169002929_693757928_7473834_5791955_n.jpg

Gambar yang sempat diambil

Al hamdulillah, semalam berkesempatan untuk menghadiri Majlis Tahlil Perdana Sempena hari Guru Peringkat Daerah Miri, Serawak. Saya pergi lewat, pusing-pusing cari Masjid At Takwa Bndaraya Miri. Faham-faham la, tempat orang kan.

Solat maghrib kat rumah, lepas tu terus pergi ambil Faizuddin, kawan yang posting sekali kat SMK Riam ni. Naik motor je, senang nak menyelit. Ada kawan yang ajak naik kereta, tapi saya senang dengan motor.

Sampai sana jemaah dan mula. Baru bacaan Yasin. Saya join sekali, kehadiran boleh tahan jugak la dengan ramai guru yang hadir samada lelaki dan wanita.

Lepas bacaan Yasin, terus sambung dengan majlis Tahlil. Diketuai oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman kat Miri ni.

Lepas Solat, ada makan-makan sikit. Buat kecil-kecil la kan iaitu mee gorang. Makan kat sana dengan kawan-kawan yang hadir. Semoga majlis ni lebih banyak dilakukan la daripada buat majlis nyanyi karaoke yang entah apa-apa.

Untuk majlis tahlil, saya ada sedekahkan sedikit sumbangan buat dua orang tok saya yang telah meninggal dunia iaitu Arwah Nik Soh dan Arwah Mustapa. Semoga Allah tempatkan kedua-dua tok saya dikalangan orang beriman.

Comments