Alhamdulillah. Syukur kita dah berjaya puasa 1 hari dan malam ni kita menuju ke hari-hari yang berikutnya.
Apa menu sahabat hari ni?
Kat facebook dan tweeter, dari pagi lagi dah ada yang dok bincang apa yang nak dimakan semasa berbuka kan. Bermacam-macam menu yang dibincangkan.
Petang tadi saya berbuka bersama kawan-kawan yang merantau sama. Juadah kami ialah ayam percik, tomyam campur, kuih butir nangka, sambal lada, budu, cencaluk dan banyak lagi la kuih muih. Masing-masing ada yang belu dan bawa sendiri.
Terima kasih pada abe ise la, jadi tuan rumah untuk hari pertama berbuka.
Tapi tu la, yang penting ialah nak rasa air tangan isteri yang masak. Hok tu memang rasa tak sabar nak balik. Tahun ni tahun pertama berpuasa dengan title sebagai suami tapi saya raya nanti baru dapat balik kampung. Minta cuti pun bos tak bagi.
Ok la, apa-apa pun kesabaran penting la kan. Insya allah ada hikmah disebalik perkara ni.
Harap isteri, keluarga dan keluarga mertua bergembira puasa tahun ni. Minta maaf sebab tak dapat balik pertengahan puasa ni. Dah minta tapi orang tak luluskan.
Biarlah.
Menu Berbuka Di Perantauan. Minta Cuti Tapi Orang Tak Lulus. Biarlah
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Comments
Post a Comment