Juadah Berbuka Hari Ini. Lauk Semalam Perut Cirit-Birit

July 31, 2012

Assalamualaikum.

Ketika saya dok tulis ni mungkin sahabat di semenanjung tengah bersiap sedia nak berbuka.

Di miri hari ni waktunya 641 petang. Awal sikit dari minggu yang pertama. Semalam selepas melawat akak kantin yang kemalangan kat hospital miri terus pergi kat bazar ramadhan area stadium indor.

Saa beli daging masak kicap manakala Din beli ayam masak kurma. Masa makan tu saya rasa dah, kuah kurma yang pekat pelik je.

Bangun pagi ni, dua-dua cirit birit hahaha... Kerja dok ulang alik ke tandas je pagi tadi. Petang ni dok sembang Din citer dia pun sakit perut sama juga.

Petang pakat masing-masing masak. Yang ni baru puas hati. Lauk pun banyak tapi kalau nak masak kena perlukan masa yang lebih sikit la kan.

Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati rezeki yang kita pakat cari hari ini.

Jom ke masjid solat terawih :)

Comments