Selamat Berbuka Buat Warga Semenanjung. Ambo Makan Dah

July 22, 2012

Alhamdulillah. Sudah 2 hari kita berpuasa manakala malam ni dah masuk malam ke 3 kita berterawih.

Syukur kerana setakat ni Allah beri lagi kita kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan.

Sahabat makan juadah lauk apa petang? Ambo hanya makan ikan goreng masak kicap, solok lada dan kuih puteri mandi. Terima kasih la kat sahabat yang ingat kat ambo, bawa mai rumah petang tadi.

Sahabat baik serumah pula buat kueteuw goreng. Ambo tak makan pun, lepas terawih nanti baru nak rasa. Biasanya kalai Din buat, hasilnya tidak mengecewakan la.

Ok la. Selamat berbuka buat sahabat yang kat semenanjung. Kat Miri ni dah nak masuk Isyak dah.

Assalamualaikum :)

Comments