Sekitar Sambutan Hari Gawai Dayak. Apa Yang Menarik?

July 13, 2012

Pagi tadi berlansungnya majlis sambutan hari gawai dayak kat sekolah. Memang meriah dengan pelbagai aktiviti.

Mula-mula sekali ucapan dari tuai rumah yang dilantik iaitu Cikgu Melwin Seman. Cikgu lain disediakan makanan ringan.

Sambil makan semua guru dan pelajar dihiburkan dengan tarian tradisional masyarakat iban dan orang hulu.

Pelbagai ragam dan aksi la dari guru dan pelajar. Ada yang siap lari lagi sebab tak mau kena menari.

Last sekali program makan-makan bersama antara guru dan pelajar. Mereka bawa sendiri bekal dari rumah dan ada yang datang masak kat rumah cikgu.

Selepas pelajar balik, ada jamuan pula untuk cikgu iaitu lauk ayam pansoh. Boleh tahan juga rasanya kalau makan sekali dengan daun ubi.

Ambo tak leh nak make banyak sangat, perut dah penuh dengan bihun yang pelajar bawa. Kenyang tak terkata la hahaha...

Semoga program macam ni boleh diteruskan la. Boleh kenal budaya dan adat resam orang Sarawak :)

Comments