Larian Amal PIBG SMK RIAM. Meriah Dan Hangat

July 07, 2012

Alhamdulillah. Program larian amal PIBG kat sekolah tadi selesai sudah. Banyak aktiviti dan pertandingan diadakan.

Saya sempat main pertandingan futsal dan tarik tali. Gila rasa badan ni bila join tarik tali. Lawan pelajar yang badan besar-besar belaka.

Apa pun kebanyakkan meriah walaupun sambutan dari ibi bapa tida begitu memberangsangkan. Setiap kali program sekolah begini la keadaanya.

Gerai-gerai yang ikut serta melibatkan pelajar dan guru. Habis semua barang-barang diborong. Hok yang laku sekali ialah gerai keropok lekor la. Bersusun orang. Tambah pulak gerai ikan bakar cikgu wilkin dan geng dia tadi. Siap dah ditempah beb!

Ok la. Badan dah letih, izin saya nak berehat. Nak cari balik tenaga hehehe.

Assalamualikum.

Comments