Masak 'Ayam Pansoh' Hari Gawai Dawak SMK Riam

July 13, 2012

Semalam berkesempatan join kawan buat ayam pansoh. Ini makanan tradisi masyarakat orang iban di sarawak.

Ayam yang dibeli 10 ekor dan buluh yang dikerat macam lemang sebanyak 30 batang.

Rasanya cukup untuk geng-geng cikgu nak makan nanti.

Sambil-sambil masak, kami buat bbq yang ringkas. Ada ikan dan kepak ayam. Enjoy juga buat benda-benda yang tak biasa kita tengok ni.

Cara nak buat benda ni ialah sama dengan masak lemang orang semenanjung. Kena sentiasa tengok dan pusing buluh tu.

Lepas maghrib terus balik, tinggal sahabat lain yang buat.

Hari ni kat sekolah ada buat hari gawai dayak peringkat sekolah. Pelbagai acara dan program yang dilakukan.

Salam jumaat sahabat.

Comments