AJL 27 : “Terukir Di Bintang” Rangkul Trofi Juara, Hafiz Ungguli Anugerah!

 http://s3.ohbulan.com/wp-content/uploads/2013/01/Screen-Shot-2013-01-06-at-6.02.22-PM.png

Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27. Membawakan elemen air pada AJL yang lepas, anugerah ini sekali lagi tampil unik dengan elemen ‘Ekspresi Seni’.

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 27, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 27, Naib Juara Lagu 27, Tempat Ketiga Juara Lagu 27, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.

Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Apa yang menarik, trofi persembahan terbaik terletak 100% ditangan anda.

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)

Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

Sumber


Dari Anas r.a, kami para sahabat r.a bertanya: Ya Rasullullah s.a.w, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran. Maka Nabi s.a.w bersabda: Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya. (H.R. Thabrani)

Comments