Entry 1.1.13

Assalamualikum. Alhamdulillah, allah masih panjangkan umur kita. Tahun sudah beberapa kali berganjak, masa demi masa berlalu.

Rupanya umur pun dengan automatiknya meningkat? Bagaimana dengan saya?

Alhamdulillah. Tahun ni dapat hidup berdua dengan isteri dan insya allah tahun baru pertengahan nanti akan ada lagi orang baru dalam hidup kami? Sekarang mi aktif dok tendang-tendang perut uminya.

Tengok kepada cakap-cakap isteri, time lepas makan dan time nak tidur, baby tu aktif la. Hai ikut perangai siapa ni?

Esok sekolah dah nak mula, banyak perkara yang perlu disiapkan. Dari segi maklumat-maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran dan segalanya la.

Semoga allah memberi kekuatan kepada saya dan keluarga dalam menempuh hidup yang kian mencabar ni.

Comments