Apabila datang ke miri, saya mendapat berita yang sedikit menyedihkan. Hati kalau diikutkan masih terasa pedihnya. Luka penghinaan yang keluar dari mulur mu amat kurang ajar.
Apa tidaknya, semasa kita susah dan mengalami keperitan kita minta tolong kepadanya. Pelbagai cerita dan alasan yang diberikan namun ditolak kononya kita nak menipu.
Saya ada keluarga
Orang yang ada keluarga dan sayang pada keluarga mesti memahami keadaan. Ketika nenek jatuh sakit dan menjalani pembedahan mata, kita meminta pertolongan. Masih tidak dilayan!
Kisah penhinaan tu biarlah kita berdua saja yang tahu. Kata-kata mu itu amat tidak sesuai dilontarkan daripada mulut seorang yang lebih tua dari saya.
Di malam yang berkat ni, saya doakan dari jauh agar Allah selamatkan dan segera sembuhkan penyakit yang mu hadapi sekarang. Jadilah seorang pemimpin yang matang dan berjiwa besar. Sudi menerima teguran dan pandangan orang sekeliling.
Ya allah, ampunilah dosa kami.
Amin.
-kisah ini tiada kaitan samada yang hidup atau mati, ianya diadaptasi dari sebuah cerpen-
Comments
Post a Comment