Yey! Hari Jumaat Sudah Tiba

Salam jumaat hari yang penuh berkat.

Sekarang sekejap saja rasanya masa berlalu. Kalau kita isikan dengan aktiviti mesti tidak la rasa bosan sangat.

Kalau dok kat kampung, hari jumaat biasanya pergi jalan-jalan kat tempat orang mengajar agama dan lepas tu boleh pergi segarkan mata kat pasar pagi.

Hari ni separuh hari je kerja, dok tengok jam sokmo la. Waktu mengajar pula 2 waktu yang hujung. Tapi ok, waktu pendidikan seni. Kiranya ada aktiviti yang pelajar boleh buat.

Cuti lagi kan?

Saya kiranya tiada pengalaman dan basic untuk psv ni tapi tu la, bila mai kerja yang sebenar macam ni la jadinya.

Amanah tetap amanah. Buat selagi termampu.

Comments