Herman Blog

Hidup Berkat

Solat Hajat, Bacaan Selawat, Nasi Ayam Dan Sup Tulang

Alhamdulillah. Walaupun dok jauh dari tempat sendiri, kami dapat lakukan amal ibadat seperti mana orang lain.

Malam ni berkesempatan memenuhi jemputan dari sahabat baik yang mengadakan solat hajat dan bacaan selawat. Hadirin yang hadir pun terdiri daripada mereka terdekat sahaja.

Solat hajat diimamkan oleh Ustaz Poji yang hansem lagi kacak dan iikuti bacaan selawat. Bermula dengan solat isyak berjemaah.

Aktiviti ni memang bagus dan baik. Tapi tang budget tuan rumah faham-faham la kan hehe. Rumah kami pun tak buat apa lagi tahun ni. Memandangkan Abe Sir sibuk dengan keluarga. Insya Allah kalau ada rezeki, kami akan buat la majlis kesyukuran.

Sekali la terima kasih buat Zaid, Pok Din, Zaidi dan Saiful. Semoga korang bahagia, ceria, aman dan selesa dengan rumah baru tu.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori agama | majlis | riam | sahabat dengan judul Solat Hajat, Bacaan Selawat, Nasi Ayam Dan Sup Tulang. Jika kamu suka, jangan lupa like dan bagikan keteman-temanmu ya... By : Herman Blog
Ditulis oleh: admin - 27 January 2013

Belum ada komentar untuk "Solat Hajat, Bacaan Selawat, Nasi Ayam Dan Sup Tulang"