Semalam diadakan perarakan maulid rasul peringkat Miri. Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk ikut serta.
Guru dan pelajar berkumpul dari pukul 6.30 pagi lagi. Ada pelbagai slot aktiviti seperti ceramah dan nasyid.
Mereka yang join perarakan ni ada pelbagai peringkat iaitu sekolah rendah, menengah, masjid, badan kerajaan dan ngo.
Vip yang datang rasmi semalam menteri muda nama apa tah. Dia sebut tak berapa jelas lagi pun masa tu kami tengah urus budak-budak supaya masuk perbarisan.
Jarak perarakan tahun ni tidak la berapa jauh seperti tahun lepas. Mungkin sebab tahun lepas Miri jadi tuan rumah peringkat negeri.
Alhamdulilah, tahun sekolah ni dapat no 3 keseluruhan untuk sepanduk. Setinggi tahniah la buat semua guru dan pelajar yang terlibat. Penat lelah berbaloi.
Comments
Post a Comment