Makan Awal Sikit, Malam Ni Main Futsal

Petang tadi keluar sekejap. Lupa pula nak pesan contac lens kat kawan. Minggu tak pernah makan kat luar lagi. Bukanya nak berjimat, tapi rasa jauh je nak naik motor pergi bandar.

Mujur jumpa contact lens kat Merdeka Mall tadi. Beli yang biasa je, bukanya nak pakai untuk nak bergaya. Saya jarang datang kat sini, padahal kalau nak ke bandar mesti lalu depan mall ni. Malas juga sebab kalau hari-hari biasa dan hujung minggu, budak sekolah ramai lepak.

Alang-alang dah dok kat luar tadi, perut pula dah berbunyi. Saya terus cari kedai berdekatan la. Kat sana hanya ada 2 kedai muslim je, tu pun satu indon dan satu lagi mamak. Nak tak nak kena singgah juga la. Oder hasi goreng kampung ayam dan air masak.

Malam ni jangan lupa, kawan-kawan berdekatan sila datang awal kat tempat futsal. Sepak mula pukul 9 pm dan bermain selama 2 jam.

Ok la. Nak bersih diri dan solat dulu.

Comments