Muhyidin YassinPada hari ini, didalam urusan pembelajaran di sekolah, buku teks digunakan oleh para pelajar dan juga guru. Namun, dengan arena teknologi yang semakin berkembang pesat, ia kelihatan mungkin dalam masa setahun dua lagi ia akan digantikan dengan penggunaan komputer riba.
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia – Muhyiddin Yassin kepada Utusan, dimana dikatakan usaha ini bakal meningkatkan kualiti pembelajaran di negara, disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Untuk memudahkan pelajar, dan mengurangkan kos tanggungan ibu bapa, ia akan mengekalkan skim pinjaman sebelum ini seperti buku teks, dimana pelajar akan diberikan pinjaman komputer riba pada awal tahun, dan kembalikan ia kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi persekolahan.
Namun, bilakah perkara ini akan diimplementasikan masih belum diketahui sepenuhnya buat masa ini.
Comments
Post a Comment