Alhamdulillah, Big Screen Kelantan Menang!

Alhamdulillah. Akhirnya kelantan menjuarai piala malaysia untuk tahun 2012.

Semalam perlawanan yang penuh dengan debaran dan perasaan yang pelbagai. Tahniah buat semua pemain. Anda semua memang hebat.

Semalam kami berkumpul di rumah abe ise. Ramai sahabat yang hadir memeriahkan program ni. Kami dijamu dengan mee kari dan pelbagai makanan lain.

Kalau tengok dengan hasil aksi semalam, kita nak makan pun rasa tak selesa. Sekejap nak suap sekejap nak bersorak. Aduh tak best!

Akhirnya kelantan menang juga dengan jaringan 3 berbalas 2 oleh team atm. Tahniah sekali lagi, gomo kelate gomo!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments