Assalamualaikum. Salam hari jumaat buat sahabat. Pelbagai aktiviti la kalau hari jumaat macam ni kan.
Kalau kat kelantan, biasanya mereka banyak buat aktiviti keagamaan dan berehat bersama keluarga. Isteri kat rumah tadi katanya pergi hantar tok kat hospital. Mudah-mudahan semuanya selamat.
Hari ni geng cikgu berpakat nak bawa makanan masing-masing ke sekolah. Tak tahu siapa punya idea ni, rasanya kak muji dengan faizul la kot. Walaupun perancangan serta merta, tapi alhamdulillah lauk pauk semua cukup.
Ada yang bawa telur pedas, gulai ikan serta udang, sayur goreng, ulam-ulam, sosej masak kicap dan banyak lagi la.
Saya dengan pok din kena sediakan nasi dan air. Ye la, kita kalau nak masak ni bukan tak boleh, tapi tu la hahahaha...
Alhamdulillah, kalau ada kesempatan boleh buat lagi. Insya allah, rezeki allah akan bagi punya.
ok la, saya nak gerak pergi solat jumaat dah. Kat miri zohor masuk pukul 1220 pm. Awal sekarang ni.
Comments
Post a Comment