Assalamualikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya dah dua hari lebih saya dok cuba minum barangan dari herbalife. Sahabat baik telah berjaya dan dia lah yang buat saya ingin mencuba
Saya ni kalau diikutkan memang dalam kategori obes. Selepas kahwin ni, nafsu makan menjadi-jadi dan ditambah pula sekarang isteri tengah mengandungkan anak sulung. Lagi la bertambahkan nafsu hahaha....
Saya hanya beli 2 jenis produk saja. Kiranya ni sebagai percubaan. Tengok dari testimoni pengguna tu, banyak yang positifnya. Semoga saya pun ada kesan juga la.
Disamping dapat kesihatan yang optimum, badan pun jadi ringan sikit. Azab yang nak kena lalui tu la, kena tahan nafsu yang selalu buat. Makan dan minum nak kena jaga bagi baik.
Semoga Allah bagi kekuatan dan kesabaran la. Demi kesihatan yang berpanjangan. Insya Allah :-).
Comments
Post a Comment